Projek kolam ternakan Kampung Kuala Juru tiada kebenaran merancang

 

Kawasan rancangan projek perumahan untuk nelayan Kampung Kuala Juru. Gambar kecil: Fahmi



GEORGETOWN - Pihak berkuasa telah memberhentikan cadangan projek kolam ternakan udang yang didakwa akan dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan rumah nelayan di Kampung Kuala Juru.

Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, arahan itu dibuat selepas projek tersebut didapati tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).


"Tanah tersebut adalah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Saya dimaklumkan projek tersebut telah diarahkan berhenti kerana tiada kebenaran merancang.

"Kita juga sudah berbincang dengan LKIM bersama nelayan untuk mengharmonikan keadaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada Khamis.

Sebelum ini, komuniti nelayan dan penduduk Kampung Kuala Juru membantah pencerobohan tanah milik LKIM yang telah dijanjikan untuk dibangunkan perumahan nelayan sejak 25 tahun lalu.

Tindakan pencerobohan itu dikesan oleh penduduk pada 21 dan 22 Ogos lalu selepas mendapati dua jentolak masuk ke kawasan terbabit dengan melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan seluas 10.9 hektar yang dikatakan untuk dibangunkan projek ternakan udang

Susulan daripada itu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa LKIM untuk melaksanakan segera projek perumahan nelayan yang telah tertangguh itu sejak sekian lama.

CAP juga menyatakan kekesalannya kerana walaupun rancangan pembinaan projek itu telah lama diluluskan, namun hingga sekarang nelayan-nelayan di sini yang memerlukan rumah sendiri terutama mereka yang sudah berkahwin dan berkeluarga masih menunggu bagi mendapatkannya.


Comments

Popular posts from this blog

Kerajaan lulus bina 257 rumah nelayan

Ratusan bot nelayan asing ceroboh ZEE

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot