Posts

Showing posts with the label Fisherman

Nelayan Tasik Bukit Merah bimbang tambak tanah jejas hasil tangkapan

Image
  GAMBAR tinjauan udara memaparkan kawasan yang didakwa ditambak tanah di Empangan Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS BAGAN SERAI: Nelayan Empangan Tasik Bukit Merah di sini bimbang pendapatan mereka terjejas berikutan kerja-kerja menambak tanah didakwa berlaku di kawasan tasik tersebt. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 50, mendakwa, aktiviti tambak tanah menjadi tanda tanya kepada mereka kerana berlaku di dalam kawasan kolam tadahan itu, bukannya di pinggiran tasik. “Kumpulan nelayan membuat… Rujuk Utusan Nasional untuk kenyataan lebih lanjut.  Source: Utusan https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/nelayan-tasik-bukit-merah-bimbang-tambak-tanah-jejas-hasil-tangkapan/

Pecah amanah RM8 juta, nelayan licik ditahan

Image
  Polis membawa keluar suspek dari Kompleks Mahkamah Kangar yang dikehendaki polis berhubung kes pecah amanah sebanyak RM8 juta membabitkan penjualan tanah. FOTO AIZAT SHARIF Kangar: Seorang lelaki direman lima hari sehingga 16 Oktober hadapan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian hampir RM8 juta sejak 2018. Reman dikeluarkan oleh Majistret Nurshahidan Abd Rahim selepas suspek berusia 47 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 8.30 pagi. Suspek dipercayai bekerja sebagai nelayan ditahan petang semalan di Alor Setar selepas enam minggu diburu polis berhubung kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penahanan suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pelabur warga asing yang mendakwa kerugian hampir RM8 juta selepas diperdaya oleh rakan niaganya di negara ini, pada 26 Ogos lalu. "Mangsa mendakwa rakan niaganya dilantik sebagai peng...

Nelayan Pantai Kampung Pachakan sedia hadapi monsun timur laut

Image
  MOHAMMAD Ibrahim (kiri) menunjukan hasil ikan tamban yang dipukatnya di pesisir Pantai Kampung Pachakan, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG PASIR PUTEH: Lebih 50 nelayan pesisir Pantai Kampung Pachakan, di sini, sudah bersiap sedia memindahkan bot fiber yang digunakan untuk menangkap ikan ke kawasan selamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ombak besar dan Monson Timur Laut  dalam tempoh terdekat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan, Mohammad Ibrahim, 42, berkata, kebiasaan bot itu akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat memandangkan kawasan pantai ini berdepan hakisan setiap kali musim tengkujuh. “Sampan dan peralatan menangkap ikan akan dibawa balik ke rumah masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan jentera. Begitulah rutin yang terpaksa dilalui setiap tahun. “Sebahagian lagi nelayan melabuhkan dan menambat sampan mereka di Terusan Semerak dan Kuala Besut yang merupakan jejari sungai yang selamat,” katanya ketika ditemui Pantai...

Nelayan bimbang kolam udang haram jejas pendapatan mereka

Image
KOLAM udang yang dibina di tepi Sungai Kurau di Parit Buntar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan nelayan yang bimbang kesannya terhadap hasil tangkapan mereka. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS PARIT BUNTAR: Kewujudan lebih 100 kolam ternakan udang di pinggir Sungai Kurau di sini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan nelayan sungai yang bimbang ia mungkin menjejaskan pendapatan mereka. Wakil nelayan, Mohd. Radzi Said,53, berkata, kolam udang itu terletak bukan dalam zon akuakultur dan jumlahnya semakin ba­nyak berbanding hanya dua atau tiga buah kolam sahaja sebelum ini. Menurutnya, pembinaan kolam udang… Berita selanjutnya di UTUSAN ONLINE https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/nelayan-bimbang-kolam-udang-haram-jejas-pendapatan-mereka/

Tak nampak jalan penyelesaian, nelayan mula terima SIMP

Image
Setiap hari nelayan melihat kerja tambakan laut dijalankan di kawasan mereka menangkap hasil laut. GEORGE TOWN - "Luluh hati kami melihat kerja-kerja penambakan sudah mula dijalankan." Demikian luahan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Ibrahim Che Ros berhubung kerja penambakan di selatan negeri ini untuk Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seluas 930.8 hektar itu. Kata Ibrahim, pihaknya tidak mampu lagi untuk membuat sebarang bantahan berikutan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pulau Silikon telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pada 21 Julai lalu. Luahnya lagi, keputusan rayuan mereka untuk menyemak semula keputusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek itu juga masih belum didengar oleh Lembaga Rayuan JAS. "Kami nelayan yang terlibat, dah tak boleh buat apa-apa. Setiap hari tengok jentera besar di kawasan laut yang selalu kami pergi, tengah menjalankan kerja awal tapak....

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot

Image
  Kerja-kerja penambakan projek PSI sedang dijalankan di sekitar kawasan perairan Pulau Pinang Selatan. GEORGE TOWN – Perjuangan nelayan kawasan Selatan untuk menolak projek tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) nampaknya kian kendur apabila hanya empat unit nelayan sahaja yang masih kekal menolak skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP). Unit nelayan yang masih menolak skim SIMP ialah unit nelayan Sungai Batu, Teluk Tempoyak, Seri Jerjak dan Teluk Kumbar. Unit-unit nelayan lain yang dikategorikan sebagai tahap satu adalah yang terletak paling hampir dengan tapak PSI iaitu unit Permatang Tepi Laut, Gertak Sanggul dan unit tahap dua iaitu unit Pulau Betong, Kuala Sungai Burung dan Batu Maung dikatakan telah menerima skim SIMP itu. Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) Ibrahim Che Ros berkata, pihaknya akan bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid pada 24 Oktober depan untuk berbincang mengenai penambahbaikan skim SIMP kepada nelayan y...

PSI semakin diterima, 70 peratus nelayan tahap satu daftar SIMP

Image
  BAYAN LEPAS: Sebanyak 70 peratus nelayan tahap satu yang terlibat dalam pembangunan Pulau Pinang Selatan (PSI) telah mendaftar untuk menerima skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) sejak kerja-kerja awal penambakan projek itu bermula 1 September lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kesudian nelayan menerima SIMP bermakna mereka menerima pelaksanaan PSI. ”Perkembangan ini adalah positif kerana tanggapan umum selama ini adalah nelayan membantah projek. “Jelas realitinya bukan begitu kerana sebaik sahaja nelayan mendapat tahu projek sudah mendapat kelulusan untuk memulakan penambakan, mereka bersedia untuk mendaftarkan nama untuk skim SIMP,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bangsal nelayan serta penyampaian hadiah kecemerlangan dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), di sini semalam. Sehingga kelmarin , seramai 347 daripada 496 nelayan tahap satu yang berkelayakan telah mendaftar untuk skim SIMP. Sebelum mend...

Kerajaan lulus bina 257 rumah nelayan

Image
  KUALA NERUS - [DIKEMAS KINI] Kerajaan meluluskan pembinaan sebanyak 257 buah rumah nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) sejak 10 tahun lalu. Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, setakat ini, sebanyak 173 rumah telah diserahkan kepada nelayan di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM58,000 bagi setiap sebuah rumah. "Pembinaan rumah ini dilakukan secara berperingkat mengikut tahap kedaifan dan keperluan nelayan di sesebuah negeri. "Kita menyasarkan 257 unit rumah baharu dengan peruntukkan bernilai RM16.3 juta bagi nelayan di seluruh negara pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar sempena program penyerahan Rumah Nelayan di bawah PKPN di Pulau Redang, di sini pada Sabtu. Muhammad Faiz memberitahu, Sarawak memperoleh agihan rumah tertinggi iaitu sebanyak 71 buah diikuti Kedah (49 buah), Perak (34 buah), Negeri Sembilan (25 buah), Terengganu (25 buah) dan Wilayah Persekutuan Labuan (16 buah). Selain itu ka...

Filipino fishermen die in South China Sea collision

Image
  Rescuers carry the body of one of the victims as it arrives at a port in Infanta. — Philippine Coast Guard/AP Photo/picture alliance via DW OCT 4 — Authorities in the Philippines are investigating a ramming incident in the South China Sea that has left three fishermen dead. Three Filipino fishermen have died after their boat was "rammed" by a foreign commercial vessel while it was moored in the South China Sea, the Philippine Coast Guard Said today. The incident took place before dawn on Monday about 160 kilometers (100 miles) northwest of the disputed Scarborough Shoal, off the Philippines' main island of Luzon, in waters Manila officially designates as the West Philippine Sea. Bad weather at the time of crash — coast guard "The mother boat submerged, resulting in the death of its three crew members, including its boat captain," the coast guard said in a statement, adding that 11 other crew members survived. "Due to the adverse weather conditions causing...

25 nelayan positif dadah ditahan

Image
Nelayan yang ditahan berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun dan telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut. - FOTO MARITIM MALAYSIA KUALA KEDAH - 25 orang nelayan warga tempatan ditahan dalam Op Bersepadu di sekitar perairan Kuala Kedah kerana didapati positif dadah selepas serbuan dilakukan di jeti-jeti bot sekitar muara serta pemeriksaan secara rawak ke atas bot nelayan tempatan, di sini pada pagi Rabu. Menurut Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak, Op Bersepadu tersebut melibatkan 39 pegawai dan anggota dari Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar dan Pokok Sena. Menurutnya, mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan umur 20 hingga 50 tahun dan telah diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut. "Hasil operasi yang dijalankan, seramai 25 orang warga tempatan telah ditahan kerana positif dadah jenis methaphetamine terdiri daripada tuju...

Tiga nelayan Labuan selamatkan telur penyu, ikan lumba-lumba dapat pengiktirafan

Image
  Tiga nelayan Labuan selamatkan telur penyu, ikan lumba-lumba dapat pengiktirafan LABUAN: Tiga nelayan menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perikanan Labuan hari ini berikutan penemuan telur penyu dan berjaya menyelamatkan ikan lumba-lumba di perairan pulau bebas cukai itu. Pada kejadian 23 Sept lepas, Sahary Abd Halim dan Elly Madi sedang bersiap sedia untuk menangkap ikan di pantai Kampung Sungai Labu, namun ternampak seekor biawak menggali lubang di pasir pantai berkenaan. Mereka kemudian pergi memeriksa kawasan itu dan terkejut kerana menjumpai banyak telur penyu di dalam lubang berkenaan, dan terus menghubungi Jabatan Perikanan Labuan. Pegawai jabatan itu kemudian bergegas ke tempat kejadian dan berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan mendapati sejumlah 106 biji telur penyu dipercayai daripada spesies terancam iaitu penyu sisik telah digali sebelum memindahkan kesemua telur itu ke Pusat Penetasan Penyu Pulau Rusukan. Sementara itu, ketika melakukan rutin pagi menangkap ikan...

Kapal dagang berlabuh gugat hasil tangkapan nelayan Melaka

Image
  Kapal dagang berlabuh gugat hasil tangkapan nelayan Melaka PEMBUKAAN pelabuhan untuk kapal dagang berlabuh membuktikan ekonomi semakin berkembang pesat dan maju. Bagaimanapun, kesesakan kapal dagang yang berlabuh di sekitar Tanjung Kling, Melaka, diibaratkan seperti mimpi buruk bagi nelayan pesisir pantai. Ini kerana bukan sahaja sumber pendapatan mereka terjejas apabila kehadiran kapal dagang mencacatkan eko sistem sedia ada, malah peralatan digunakan untuk menangkap ikan turut rosak. Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, NOR FARHANA YAAKOB yang mendengar luahan dan masalah nelayan tempatan yang seakan teraniaya. Hasil tangkapan nelayan di tujuh pangkalan di negeri ini terjejas teruk ekoran kesesakan pelabuhan kapal dagang di perairan Tanjung Kling. Keadaan itu menyebabkan kira-kira 240 nelayan mengeluh memandangkan masalah dihadapi sejak 2015 sehingga kini belum menemui jalan penyelesaian. Ketua Komuniti Nelayan Pangkalan Tanjung Kling, Aziz Jaapar, 59, berkata, sepanjang tempoh...

Sistem berlabuh kapal dagang diselaras untuk tangani isu dihadapi nelayan

Image
  Melaka: Kerajaan Melaka akan menyelaras semula kawasan berlabuh kapal dagang di perairan Tanjung Kling di sini dengan susunan selari dan lebih sistematik bagi menangani kesukaran nelayan untuk menangkap ikan. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata ia berikutan aduan dan keluhan nelayan yang mendakwa aktiviti menangkap ikan di kawasan perairan itu terjejas selain mengalami kerugian setelah jaring rosak akibat dilanggar kapal dagang. "Apabila ada kapal-kapal besar berlabuh dalam keadaan berselerak sekali gus menyukarkan nelayan tempatan, justeru dengan susunan plot dalam satu garis selari, nelayan boleh turunkan pukat mereka tanpa perlu memikirkan pukat itu akan tersangkut lagi. "Kita akan bekerjasama dengan agensi seperti Jabatan Laut, Tanjung Beruas Port dan Pelabuhan Klang bagi penyusunan semula plot tempat kapal-kapal ini berlabuh," katanya kepada pemberita di Jeti Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan di Banda H...

Belanjawan 2024: LKIM senarai keperluan mendesak nelayan perlu diberi perhatian

Image
  Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil menyampaikan bantuan enjin pada Majlis Ramah Mesra MADANI Bersama Pengerusi LKIM di Serkam, hari ini. NSTP/Amir Mamat JASIN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah menyenaraikan keperluan mendesak golongan nelayan di beberapa negeri untuk dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024. Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata antara disenaraikan termasuklah kerja baik pulih kerosakan jeti nelayan yang menjadi keperluan utama golongan berkenaan untuk mencari rezeki, selain beberapa lagi kemudahan lain. Beliau berkata, penyenaraian itu dilakukan selepas mendengar sendiri keluhan serta permintaan nelayan menerusi siri jelajah dan turun padang yang dilaksanakan beliau di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu. "Kita sudah membentangkan antara keperluan yang mendesak golongan nelayan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2024. Menerusi siri penjelajahan ke 23 lokasi setakat ini, saya dapati rata-rata daripada mereka sangat memerlukan je...

Nelayan asing 'curi' hasil laut negara ditahan

Image
  Khairun Dalilah Baharin (tengah) ketika memeriksa nelayan asing Vietnam yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), seramai 43 kru termasuk tekong, empat bot dan 6,000 kilogram ikan, 7,000 liter diesel dianggarkan nilaian RM3.86 juta dirampas dalam operasi oleh Kapal Maritim Amanah (KM Amanah) pada Khamis. FOTO Nor Amalina Alias Pasir Puteh : Seramai 43 nelayan asing yang menangkap ikan di perairan negara berputih mata apabila ditahan dalam pemeriksaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Khamis lalu. Kesemua suspek warga Vietnam berusia 16 hingga 61 tahun itu ditahan bersama empat bot dan peralatan menangkap ikan serta hasil ikan membabitkan nilai keseluruhan RM3.86 juta. Bot pertama dan kedua ditahan pada 8.18 pagi dan 9.01 pagi di kedudukan 125 hingga 150 batu nautika dari muara Tok Bali, manakala dua bot lagi ditahan berhampiran pada 2.32 petang serta 2.50 petang. Timbalan Pengarah Operasi APMM Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah B...

Fisherman in Alaska reels in catch that's bright blue on the inside: 'Pretty crazy'

Image
 An Alaskan fisherman documented a vibrant, orange-speckled catch that has natural blue flesh, and he shared what the fish looks like when cooked. Joe Chmeleck, owner of The Lodge at Otter Cove, in Homer, Alaska, reeled in a rock greenling late last month, according to posts he shared on Facebook and Instagram. "Went out fishing today and caught a rock greenling," Chmeleck wrote on Aug. 28. "The flesh is blue. It turns white when you cook it. Mother nature is incredible." In a follow-up video that Chmeleck posted to Facebook, he showed the fully-skinned blue fish fillets changed color when pan-fried in oil. Many commenters under his social media posts wrote that they didn’t know a fish species like this existed. Joe Chmeleck, a fisherman from Homer, Alaska, caught a rock greenling in late August. The fish has natural blue flesh. (Lodgeottercove.com via Storyful) "What a incredible beautiful looking fish," one Facebook user wrote. "That's pretty c...

Kerajaan negeri salur bantuan sangkar ikan, nelayan terjejas

Image
  Fahmi (kiri) mengedarkan sayur percuma pengunjung Program Jualan Agro Madani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak pada Ahad. BAYAN BARU - Kerajaan Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada enam pengusaha sangkar ikan dan nelayan yang terjejas berikutan fenomena air pasang merah melanda kawasan Teluk Bahang minggu lalu. Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, dianggarkan sebanyak 12 tan ikan daripada enam sangkar mati berikutan fenomena itu membabitkan kerugian hingga RM300,000. "Saya telah turun ke lokasi kejadian dan melawat ke kawasan di Teluk Bahang dan difahamkan ia adalah kejadian alam yang berlaku secara semula jadi dan memerlukan kejadian alam juga untuk beransur pulih dengan kitaran air di bawah sahaja.  "Setakat ini fenomena ini hanya terjadi di Teluk Bahang sahaja dan tidak merebak ke tempat lain," katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan Program Jualan Agro Madani di kawas...

Beri perhatian terhadap nasib nelayan B40

Image
KUALA LUMPUR: Senator Dato’ Husain Awang meminta kerajaan menyatakan secara terperinci sejauh mana program peningkatan produktiviti nelayan B40 yang diperuntukkan sebanyak RM250,000 dapat meningkatkan taraf hidup nelayan, terutama di Terengganu. Ustaz Husain juga mempersoalkan inisiatif bersepadu yang disediakan oleh kerajaan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan, terutama negeri Terengganu dan Kelantan. “Sejauh mana nelayan negara kita didedahkan dengan penggunaan teknologi penangkapan ikan sehingga peringkat penjualan ikan yang semestinya dapat menjana pendapatan yang tinggi kepada mereka. “Kerajaan juga harus memberikan perhatian terhadap komuniti nelayan kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak berpencen, tiada wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). “Ada hari-hari tertentu mereka tidak ke laut atau ke laut, tapi pulang dengan tangan kosong tanpa memperolehi sebarang pendapatan. “Hal ini...

Ratusan bot nelayan asing ceroboh ZEE

Image
MOHD. Khairulanuar Abd. Majid (kiri) memeriksa salah sebuah bot nelayan asing yang ditahan Maritim Malaysia di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI KUALA TERENGGANU: Aktiviti pencerobohan ratusan bot nelayan asing di perairan Terengganu kini dikesan bertumpu di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang terletak sejauh lebih 100 batu nautika untuk mencuri hasil laut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Agensi Pen­gu­atkuasaan Maritim Malaysia (Ma­ritim Malaysia) Terengganu, Mohd. Khairulanuar Abd. Majid ber­kata, bot nelayan asing terbabit menceroboh kawasan ter­se­but kerana kedudukannya ber­dekatan sempadan pengai­ran negara.…   Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya Source: Utusan Malaysia  https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/ratusan-bot-nelayan-asing-ceroboh-zee/

Projek kolam ternakan Kampung Kuala Juru tiada kebenaran merancang

Image
  Kawasan rancangan projek perumahan untuk nelayan Kampung Kuala Juru. Gambar kecil: Fahmi GEORGETOWN - Pihak berkuasa telah memberhentikan cadangan projek kolam ternakan udang yang didakwa akan dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan rumah nelayan di Kampung Kuala Juru. Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, arahan itu dibuat selepas projek tersebut didapati tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). "Tanah tersebut adalah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Saya dimaklumkan projek tersebut telah diarahkan berhenti kerana tiada kebenaran merancang. "Kita juga sudah berbincang dengan LKIM bersama nelayan untuk mengharmonikan keadaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada Khamis. Sebelum ini, komuniti nelayan dan penduduk Kampung Kuala Juru membantah pencerobohan tanah milik LKIM yang t...