Nelayan asing 'curi' hasil laut negara ditahan

 

Khairun Dalilah Baharin (tengah) ketika memeriksa nelayan asing Vietnam yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), seramai 43 kru termasuk tekong, empat bot dan 6,000 kilogram ikan, 7,000 liter diesel dianggarkan nilaian RM3.86 juta dirampas dalam operasi oleh Kapal Maritim Amanah (KM Amanah) pada Khamis. FOTO Nor Amalina Alias


Pasir Puteh: Seramai 43 nelayan asing yang menangkap ikan di perairan negara berputih mata apabila ditahan dalam pemeriksaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Khamis lalu.

Kesemua suspek warga Vietnam berusia 16 hingga 61 tahun itu ditahan bersama empat bot dan peralatan menangkap ikan serta hasil ikan membabitkan nilai keseluruhan RM3.86 juta.

Bot pertama dan kedua ditahan pada 8.18 pagi dan 9.01 pagi di kedudukan 125 hingga 150 batu nautika dari muara Tok Bali, manakala dua bot lagi ditahan berhampiran pada 2.32 petang serta 2.50 petang.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Baharin berkata, rampasan membabitkan bot, peralatan menangkap ikan, alat navigasi dan komunikasi, bekalan diesel 7,000 liter serta 6,000 kilogram (kg) hasil tangkapan.


"Kesemua bot terbabit tidak memberi kerjasama dan cuba melarikan diri ke sempadan perairan, namun APMM bertindak memintas dan melakukan 'force boarding' untuk menghentikan bot-bot berkenaan.

"Selepas pegawai dan anggota berjaya menaiki bot nelayan Vietnam itu, mereka akhirnya mengalah dan akur untuk memberikan kerjasama," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.


Menurutnya, proses membawa balik bot tahanan mengambil masa 30 jam kerana salah sebuah bot mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda sebelum tiba di jeti pad 4 pagi kelmarin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 16(3) Akta Perikanan 1985 selain Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kejayaan ini antara tangkapan yang terbesar bagi tahun ini iaitu sebanyak 17 tangkapan bot nelayan asing Vietnam (termasuk kes terbaharu) dengan keseluruhan 137 nelayan dan tekong ditahan," katanya.


Source: Metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1012906/nelayan-asing-curi-hasil-laut-negara-ditahan

Comments

Popular posts from this blog

Kerajaan lulus bina 257 rumah nelayan

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot

Penduduk kampung, nelayan resah air Sungai Masai bertukar warna hitamPenduduk kampung, nelayan resah air Sungai Masai bertukar warna hitam