Posts

Showing posts from September, 2023

Nelayan kecewa kerja tambak laut bina Pulau Silikon sudah mula

Image
  Kapal pengorek pasir yang kelihatan berada di kawasan Permatang Damar Laut dipercayai untuk kerja-kerja awal penambakan. (Gambar kecil: Roslizan) BAYAN LEPAS - Nelayan di selatan negeri ini kecewa apabila kerja penambakan laut untuk pembinaan Pulau Silikon di kawasan tersebut telah bermula sejak 1 September lalu. Kerja penambakan itu merupakan langkah pertama bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) di Permatang Damar Laut, di sini. Ketua Unit Nelayan Teluk Kumbar, Roslizan Ramli berkata, nelayan-nelayan di kawasan berkenaan yang terkesan dengan projek berkenaan kini hilang semangat untuk turun ke laut untuk menangkap hasil laut. "Kami amat kecewa dengan kerajaan negeri kerana telah memulakan kerja penambakan di kawasan berkenaan walaupun nelayan sudah mengemukakan rayuan di Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 11 April lalu berhubung kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). "Sehingga kini, belum ada keputusan. Sepatutnya kerajaan negeri tunggu dahulu

Will they eat sand, says fisherman as Penang reclamation begins

Image
A photograph posted by chief minister Chow Kon Yeow on Saturday, showing the start of reclamation works off the southern coast of Penang island. The RM8.5 billion project off the southern coast of Penang island was approved earlier this month despite years of protests from the fishing community. GEORGE TOWN: The sight of sand pouring into the sea off Penang island’s southern coast for a RM8.5 billion reclamation project left a bitter taste for fishing community leader Zakaria Ismail. Watching a video of the reclamation job posted by chief minister Chow Kon Yeow, the 66-year-old fisherman remarked: “Let them eat sand”, challenging state officials to think about the consequences of their decisions when seafood resources dwindle. Two years ago, Zakaria was hailed a hero when his appeal to the department of environment (DoE) led to the cancellation of approval for the project. However, the department later gave the go ahead after the state government filed a fresh application, saying the p

Cuba seludup keluar dadah RM 1.9 juta ke Indonesia melalui jeti nelayan

Image
RAMLI (tengah) menunjukkan syabu dan pil ecstasy yang dirampas dari seorang lelaki warga Indonesia pada sidang media di IPD Kuala Selangor, hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin Kuala Selangor: Guna kawasan semak di jeti nelayan dan dibayar upah RM 5,000 bagi tujuan aktiviti pengedaran dadah. Itu modus operandi digunakan seorang lelaki warga Indonesia untuk menyeludup keluar dadah syabu dan pil ecstasy bernilai jutaan ringgit ke pasaran Indonesia. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dihidu pihak berkuasa apabila suspek ditahan di sebuah jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam operasi jam 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor melakukan serbuan di lokasi kejadian hasil maklumat awam. "Hasil soal siasat terhadap suspek berusia 21 tahun menemui tiga beg plastik hitam yang di dalamnya mengandungi 56 bungkusan t

Nelayan asing 'curi' hasil laut negara ditahan

Image
  Khairun Dalilah Baharin (tengah) ketika memeriksa nelayan asing Vietnam yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), seramai 43 kru termasuk tekong, empat bot dan 6,000 kilogram ikan, 7,000 liter diesel dianggarkan nilaian RM3.86 juta dirampas dalam operasi oleh Kapal Maritim Amanah (KM Amanah) pada Khamis. FOTO Nor Amalina Alias Pasir Puteh : Seramai 43 nelayan asing yang menangkap ikan di perairan negara berputih mata apabila ditahan dalam pemeriksaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Khamis lalu. Kesemua suspek warga Vietnam berusia 16 hingga 61 tahun itu ditahan bersama empat bot dan peralatan menangkap ikan serta hasil ikan membabitkan nilai keseluruhan RM3.86 juta. Bot pertama dan kedua ditahan pada 8.18 pagi dan 9.01 pagi di kedudukan 125 hingga 150 batu nautika dari muara Tok Bali, manakala dua bot lagi ditahan berhampiran pada 2.32 petang serta 2.50 petang. Timbalan Pengarah Operasi APMM Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah Bahar

Fisherman in Alaska reels in catch that's bright blue on the inside: 'Pretty crazy'

Image
 An Alaskan fisherman documented a vibrant, orange-speckled catch that has natural blue flesh, and he shared what the fish looks like when cooked. Joe Chmeleck, owner of The Lodge at Otter Cove, in Homer, Alaska, reeled in a rock greenling late last month, according to posts he shared on Facebook and Instagram. "Went out fishing today and caught a rock greenling," Chmeleck wrote on Aug. 28. "The flesh is blue. It turns white when you cook it. Mother nature is incredible." In a follow-up video that Chmeleck posted to Facebook, he showed the fully-skinned blue fish fillets changed color when pan-fried in oil. Many commenters under his social media posts wrote that they didn’t know a fish species like this existed. Joe Chmeleck, a fisherman from Homer, Alaska, caught a rock greenling in late August. The fish has natural blue flesh. (Lodgeottercove.com via Storyful) "What a incredible beautiful looking fish," one Facebook user wrote. "That's pretty c

Kerajaan negeri salur bantuan sangkar ikan, nelayan terjejas

Image
  Fahmi (kiri) mengedarkan sayur percuma pengunjung Program Jualan Agro Madani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak pada Ahad. BAYAN BARU - Kerajaan Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada enam pengusaha sangkar ikan dan nelayan yang terjejas berikutan fenomena air pasang merah melanda kawasan Teluk Bahang minggu lalu. Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, dianggarkan sebanyak 12 tan ikan daripada enam sangkar mati berikutan fenomena itu membabitkan kerugian hingga RM300,000. "Saya telah turun ke lokasi kejadian dan melawat ke kawasan di Teluk Bahang dan difahamkan ia adalah kejadian alam yang berlaku secara semula jadi dan memerlukan kejadian alam juga untuk beransur pulih dengan kitaran air di bawah sahaja.  "Setakat ini fenomena ini hanya terjadi di Teluk Bahang sahaja dan tidak merebak ke tempat lain," katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan Program Jualan Agro Madani di kawas

Beri perhatian terhadap nasib nelayan B40

Image
KUALA LUMPUR: Senator Dato’ Husain Awang meminta kerajaan menyatakan secara terperinci sejauh mana program peningkatan produktiviti nelayan B40 yang diperuntukkan sebanyak RM250,000 dapat meningkatkan taraf hidup nelayan, terutama di Terengganu. Ustaz Husain juga mempersoalkan inisiatif bersepadu yang disediakan oleh kerajaan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan, terutama negeri Terengganu dan Kelantan. “Sejauh mana nelayan negara kita didedahkan dengan penggunaan teknologi penangkapan ikan sehingga peringkat penjualan ikan yang semestinya dapat menjana pendapatan yang tinggi kepada mereka. “Kerajaan juga harus memberikan perhatian terhadap komuniti nelayan kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak berpencen, tiada wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). “Ada hari-hari tertentu mereka tidak ke laut atau ke laut, tapi pulang dengan tangan kosong tanpa memperolehi sebarang pendapatan. “Hal ini

No cause to worry about our waters, says minister

Image
  KUALA LUMPUR: Malaysia’s waters remain uncontaminated by the recent release of treated water from Japan’s Fukushima nuclear plant into the Pacific Ocean, says Chang Lih Kang, responding to recent concerns over the safety of local seafood. The Science, Technology, and Innovation Minister said current radioactivity levels of the country’s waters do not pose a threat. He said that according to expert reports and World Health Organisation guidelines, the target level for tritium (a product of nuclear fission) in drinking water is 10,000 becquerels per litre (Bq/L), and its half-life – the time required to halve the radiation dose – is 12.3 years. It has been 12 years since the Fukushima nuclear plant accident caused by the March 2011 tsunami, Chang pointed out. He added that, “To date, we have detected only 200Bq/L in Malaysia’s waters, and according to simulated flow patterns, it will be several more years before it (the treated waste water) reaches waters near Malaysia,” he said. “Whil

Ratusan bot nelayan asing ceroboh ZEE

Image
MOHD. Khairulanuar Abd. Majid (kiri) memeriksa salah sebuah bot nelayan asing yang ditahan Maritim Malaysia di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI KUALA TERENGGANU: Aktiviti pencerobohan ratusan bot nelayan asing di perairan Terengganu kini dikesan bertumpu di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang terletak sejauh lebih 100 batu nautika untuk mencuri hasil laut. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Agensi Pen­gu­atkuasaan Maritim Malaysia (Ma­ritim Malaysia) Terengganu, Mohd. Khairulanuar Abd. Majid ber­kata, bot nelayan asing terbabit menceroboh kawasan ter­se­but kerana kedudukannya ber­dekatan sempadan pengai­ran negara.…   Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya Source: Utusan Malaysia  https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/ratusan-bot-nelayan-asing-ceroboh-zee/

Human activities among possible factors in Teluk Bahang fish deaths: report

Image
GEORGE TOWN –   The Centre for Marine and Coastal Studies (Cemacs) at Universiti Sains Malaysia has identified human activities as among factors which may have contributed to the recent deaths of thousands of fishes near the Teluk Bahang coast here. The widespread deaths were seen in the waters which turned pink due to the algal bloom – a pollutant whose ammonia content can be deadly to marine life, particularly fishes. A report on the incident has been sent to the state government, and a copy of which was shared with The Vibes by Cemacs director Prof Aileen Tan Shau Hwai. It stated that the cause of algal bloom can be from human activities such as runoffs from agriculture, dissolved chemicals introduced into water supplies via rainfall or irrigation, and effluent from sewage treatment plants, which all contribute to excess amounts of nutrients in our waterways. These nutrients are food for algae. It is important to ensure all waste is treated before discharging to the sea and to reduc

Projek kolam ternakan Kampung Kuala Juru tiada kebenaran merancang

Image
  Kawasan rancangan projek perumahan untuk nelayan Kampung Kuala Juru. Gambar kecil: Fahmi GEORGETOWN - Pihak berkuasa telah memberhentikan cadangan projek kolam ternakan udang yang didakwa akan dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan rumah nelayan di Kampung Kuala Juru. Exco Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, arahan itu dibuat selepas projek tersebut didapati tidak mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). "Tanah tersebut adalah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan ia di luar bidang kuasa kerajaan negeri. Saya dimaklumkan projek tersebut telah diarahkan berhenti kerana tiada kebenaran merancang. "Kita juga sudah berbincang dengan LKIM bersama nelayan untuk mengharmonikan keadaan," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Ketua Menteri, Komtar pada Khamis. Sebelum ini, komuniti nelayan dan penduduk Kampung Kuala Juru membantah pencerobohan tanah milik LKIM yang t

Proposed shrimp farming activity in Juru ordered to stop, says state exco

Image
  Penang state exco Fahmi Zainol says a stop work order was issued to a proposed shrimp farming activity in Kampung Kuala Juru after the clearing operation was found to be illegal. ― File picture by Yusof Mat Isa GEORGE TOWN, Sept 14 — A stop work order was issued to a proposed shrimp farming activity in Kampung Kuala Juru after the clearing operation was found to be illegal, said state exco Fahmi Zainol. The Agro-Technology and Food Security Committee chairman said the project did not have planning permission from the local authorities. “The project was given a stop work order because it didn’t get planning approval,” he said during a press conference at Komtar today. He said he will arrange meetings between the Malaysian Fisheries Development Authority (LKIM) and the fishermen in the area. “We will organise discussion sessions to harmonise the situation,” he said. A few days ago, a group of fishermen in Kampung Kuala Juru held a peaceful protest against the proposed shrimp farming ac

Operasi mencari nelayan hilang di Kuala Pahang ditamatkan

Image
Berita kehilangan mangsa yang disiarkan Sinar Harian pada Ahad lalu. KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) nelayan warga emas, Mohamed Romlan Abdul Rani, 66, yang hilang ketika menangkap ikan di perairan Kuala Pahang, Pekan Sabtu lalu ditamatkan pada Khamis selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui. Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, carilamat ditamatkan jam 7 petang setelah pencarian dijalankan selama enam hari melibatkan kawasan pencarian seluas 1101.62 batu nautika persegi. Menurutnya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus melaksanakan pemantauan berterusan melalui rondaan rutin operasi di lapangan dan pemakluman lanjut akan dibuat sekiranya terdapat petanda baharu. "Operasi carilamat ditamatkan mengambil kira penilaian terhadap situasi semasa pencarian dan persetujuan bersama semua agensi terlibat serta ahli keluarga mangsa," katanya melalui kenyataan pada Jumaat. Anggo

Tolong dengar keluhan nelayan Sungai Lereh

Image
KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mendengar keluhan nelayan sekitar Sungai Lereh, Pantai Kundur yang kini menghadapi masalah kekurangan hasil tangkapan. Menurut Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu), masalah ini dipercayai berpunca akibat projek penambakan laut secara besar-besaran yang dilakukan kerajaan Melaka sekitar Klebang pada masa ini. Tambah beliau, jumlah tangkapan ikan khususnya di Kawasan Melaka Selatan berkurangan sebanyak 43 peratus, iaitu dari 410,000 kilogram kepada hanya 226,000 kilogram dalam tempoh 10 tahun. “Kita tidak nafikan nelayan menerima beberapa insentif dari kerajaan melalui LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia), tetapi apakah ini mencukupi apabila jumlah tangkapan merudum? “Kita harus ingat bahawa kepentingan `stake holder’ (pihak berkepentingan) juga terjejas dengan teruk. Bagaimana dengan penduduk sekitar yang bergantung kepada hasil tangkapan laut?” soalnya ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau y

Penduduk kampung, nelayan resah air Sungai Masai bertukar warna hitamPenduduk kampung, nelayan resah air Sungai Masai bertukar warna hitam

Image
  AZLI (dua dari kiri) bersama sebahagian nelayan melihat Sungai Masai bertukar hitam dan berbau di Kampung Pasir Gudang Baru, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO JOHOR BAHRU – Kira-kira 1,300 penduduk di Kampung Pasir Gudang Baru di sini berdepan masalah pencemaran apabila air Sungai Masai bertukar menjadi hitam. Pencemaran yang memasuki hari ketiga hari ini meresahkan penduduk kampung terutama 45 orang nelayan pantai yang berdepan situasi sukar apabila terpaksa berdepan masalah pencemaran tersebut. Pengerusi Nelayan Wilayah Johor Selatan, Azli Mohd. Aziz berkata, masalah air bertukar hitam ini sudah banyak kali berlaku dan hampir setiap bulan. Menurutnya, sudah banyak kali aduan telah dibuat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dan Indah Water Konsortium tetapi masih tidak dapat diselesaikan. “Saya pun tak tahu bila masalah pencemaran air hitam ini akan segera selesai, aduan telah dibuat banyak kali tetapi masih tdak ada penyel

LKIM perkenal satu persatuan, satu produk bantu ekonomi nelayan

Image
  Muhammad Faiz (dua, kanan) beramah mesra bersama penerima bantuan nelayan. - Foto Bernama PELABUHAN KLANG - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperkenalkan projek satu persatuan nelayan, satu produk sebagai usaha meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan di negara ini. Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, inisiatif itu juga dilihat mampu meningkatkan taraf dan kualiti hidup golongan nelayan yang kebanyakannya daripada kelompok B40. "Hal ini kerana ramai dalam kalangan mereka (nelayan) tidak melibatkan diri dalam industri hiliran, bermaksud mereka tidak mengubah hasil tangkapan mereka itu untuk menjana pendapatan. "Terdapat 113 persatuan nelayan di dalam negara, jadi saya merancang untuk mewajibkan setiap persatuan ini mempunyai produk dan aktiviti hiliran berasaskan perikanan masing-masing supaya lebih banyak hasil dapat dijana," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Rahmah Mesra Madani bersama nelayan Orang A

Nelayan bantah cadangan projek kolam udang di Kuala Juru

Image
Komuniti nelayan dan penduduk Kampung Kuala Juru membuat bantahan berikutan pencerobohan tanah LKIM yang berlaku pada Ogos lalu JURU - Komuniti nelayan dan penduduk Kampung Kuala Juru dekat sini membantah pencerobohan tanah milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang telah dijanjikan untuk dibangunkan perumahan nelayan sejak 25 tahun lalu. Tindakan pencerobohan itu dikesan oleh penduduk pada 21 dan 22 Ogos lalu selepas mendapati dua jentolak masuk ke kawasan terbabit dengan melakukan kerja-kerja membersihkan kawasan seluas 10.9 hektar yang dikatakan untuk dibangunkan projek ternakan udang. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Kuala Juru, Wahid Othman berkata, penduduk kesal dengan cadangan membangunkan projek ternakan udang di tanah lot 1508 itu sedangkan mereka sudah sekian lama menantikan projek perumahan yang dijanjikan kerajaan khusus untuk nelayan kawasan terbabit dan penduduk di sekitar Juru. "Janji untuk membangunkan projek perumahan penempatan nelayan ini dibuat p

Basarnas tutup operasi pencarian dua nelayan hilang di Morotai Maluku Utara

Image
  Basarnas resmi menutup operasi pencarian terhadap dua nelayan asal Desa Loleo Kabupaten Pulau Morotai dinyatakan hilang sejak 5 September 2023 lalu, Senin (11/9/2023).  ANTARA/Abdul Fatah (Abdul Fatah) Ternate (ANTARA) - Kantor Pencarian dan Pertolongan Basarnas Ternate, Maluku Utara (Malut),  menutup operasi pencarian terhadap dua nelayan asal Desa Loleo, Kabupaten Pulau Morotai, yang dinyatakan hilang sejak 5 September 2023. Kepala Basarnas Ternate, Fathur Rahman dihubungi, Senin, menjelaskan penutupan Operasi Pencarian dan Pertolongan (SAR)  terhadap dua nelayan tersebut karena pencarian sudah dilakukan selama tujuh hari sejak laporan korban hilang diterima pada 5 September 2023.  Kedua nelayan yang dinyatakan hilang itu bernama Sukri Soleman (41 tahun) dan Yusup Abdurahman (45 tahun). Kedua korban melaut di perairan Pulau Morotai long boat fiber sepanjang 12 meter berwarna merah. Fathur Rahman menyebut upaya pencarian sudah dilakukan oleh Tim SAR Gabungan secara maksimal dengan m

30 nelayan ditahan, babitkan nilai rampasan RM6.5 juta

Image
  LUMUT: Seramai 30 nelayan dengan 29 daripadanya warga Myanmar ditahan bersama nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6.5 juta, kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985, antara 4 September lalu hingga semalam. Semua bot itu ditahan oleh Jabatan Perikanan Perak di bawah Unit Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (MCS) Kampung Acheh dengan kerjasama Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan Putrajaya dan Unit MCS Pulau Pinang dengan kekuatan 21 anggota dan tiga aset. Pengarah Perikanan Perak, Mohd Ghazali A Manap, berkata enam bot tunda C ditahan pada kedudukan 15 batu nautika dari Sabak Bernam dan sebuah bot tunda B1 ditahan di kedudukan kira-kira lapan batu nautika dari perairan sama iaitu kawasan larangan bagi kelas bot jenis berkenaan bagi melakukan aktiviti penangkapan ikan. Katanya, kesalahan yang dikesan adalah menggunakan kru asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan dan menggunakan mata keroncong pukat tunda kurang dari 38mm. Selain itu, katany

PSI: Nelayan kecewa rayuan semakan EIA belum didengar

Image
  GEORGETOWN - Nelayan Pulau Pinang amat kecewa apabila rayuan mereka untuk menyemak semula keputusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) masih belum didengar oleh Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS). Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Zakaria Ismail berkata, walaupun rayuan tersebut dibuat pada April lalu, namun sehingga kini, ia belum didengar malah kerajaan negeri sudah memulakan kerja awal tapak di tapak projek berkenaan. Menurutnya, PenMutiara juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan rayuan berkenaan dan ia seolah-olah 'senyap' sehingga ke hari ini. "Kami tidak mendapat maklum balas daripada Lembaga Rayuan JAS, apabila kerajaan negeri kata mereka akan mulakan kerja-kerja awal tambakan, ia seolah-olah telah ketepikan rayuan yang kami kemukakan. "Jadi rayuan yang kami buat kepada Lembaga Rayuan JAS, tiada guna lagi kerana kerajaan negeri tidak mahu dengar suara pemegang taru