Posts

Nelayan kecewa kerja tambak laut bina Pulau Silikon sudah mula

Image
  Kapal pengorek pasir yang kelihatan berada di kawasan Permatang Damar Laut dipercayai untuk kerja-kerja awal penambakan. (Gambar kecil: Roslizan) BAYAN LEPAS - Nelayan di selatan negeri ini kecewa apabila kerja penambakan laut untuk pembinaan Pulau Silikon di kawasan tersebut telah bermula sejak 1 September lalu. Kerja penambakan itu merupakan langkah pertama bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) di Permatang Damar Laut, di sini. Ketua Unit Nelayan Teluk Kumbar, Roslizan Ramli berkata, nelayan-nelayan di kawasan berkenaan yang terkesan dengan projek berkenaan kini hilang semangat untuk turun ke laut untuk menangkap hasil laut. "Kami amat kecewa dengan kerajaan negeri kerana telah memulakan kerja penambakan di kawasan berkenaan walaupun nelayan sudah mengemukakan rayuan di Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 11 April lalu berhubung kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). "Sehingga kini, belum ada keputusan. Sepatutnya kerajaan negeri tunggu dahulu ...

Will they eat sand, says fisherman as Penang reclamation begins

Image
A photograph posted by chief minister Chow Kon Yeow on Saturday, showing the start of reclamation works off the southern coast of Penang island. The RM8.5 billion project off the southern coast of Penang island was approved earlier this month despite years of protests from the fishing community. GEORGE TOWN: The sight of sand pouring into the sea off Penang island’s southern coast for a RM8.5 billion reclamation project left a bitter taste for fishing community leader Zakaria Ismail. Watching a video of the reclamation job posted by chief minister Chow Kon Yeow, the 66-year-old fisherman remarked: “Let them eat sand”, challenging state officials to think about the consequences of their decisions when seafood resources dwindle. Two years ago, Zakaria was hailed a hero when his appeal to the department of environment (DoE) led to the cancellation of approval for the project. However, the department later gave the go ahead after the state government filed a fresh application, saying the p...

Cuba seludup keluar dadah RM 1.9 juta ke Indonesia melalui jeti nelayan

Image
RAMLI (tengah) menunjukkan syabu dan pil ecstasy yang dirampas dari seorang lelaki warga Indonesia pada sidang media di IPD Kuala Selangor, hari ini. FOTO Amirul Aiman Hamsuddin Kuala Selangor: Guna kawasan semak di jeti nelayan dan dibayar upah RM 5,000 bagi tujuan aktiviti pengedaran dadah. Itu modus operandi digunakan seorang lelaki warga Indonesia untuk menyeludup keluar dadah syabu dan pil ecstasy bernilai jutaan ringgit ke pasaran Indonesia. Bagaimanapun, cubaan itu berjaya dihidu pihak berkuasa apabila suspek ditahan di sebuah jeti nelayan di Sungai Buloh, Jeram, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, dalam operasi jam 2.30 pagi itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor melakukan serbuan di lokasi kejadian hasil maklumat awam. "Hasil soal siasat terhadap suspek berusia 21 tahun menemui tiga beg plastik hitam yang di dalamnya mengandungi 56 bungkusan t...

Nelayan asing 'curi' hasil laut negara ditahan

Image
  Khairun Dalilah Baharin (tengah) ketika memeriksa nelayan asing Vietnam yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), seramai 43 kru termasuk tekong, empat bot dan 6,000 kilogram ikan, 7,000 liter diesel dianggarkan nilaian RM3.86 juta dirampas dalam operasi oleh Kapal Maritim Amanah (KM Amanah) pada Khamis. FOTO Nor Amalina Alias Pasir Puteh : Seramai 43 nelayan asing yang menangkap ikan di perairan negara berputih mata apabila ditahan dalam pemeriksaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Khamis lalu. Kesemua suspek warga Vietnam berusia 16 hingga 61 tahun itu ditahan bersama empat bot dan peralatan menangkap ikan serta hasil ikan membabitkan nilai keseluruhan RM3.86 juta. Bot pertama dan kedua ditahan pada 8.18 pagi dan 9.01 pagi di kedudukan 125 hingga 150 batu nautika dari muara Tok Bali, manakala dua bot lagi ditahan berhampiran pada 2.32 petang serta 2.50 petang. Timbalan Pengarah Operasi APMM Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah B...

Fisherman in Alaska reels in catch that's bright blue on the inside: 'Pretty crazy'

Image
 An Alaskan fisherman documented a vibrant, orange-speckled catch that has natural blue flesh, and he shared what the fish looks like when cooked. Joe Chmeleck, owner of The Lodge at Otter Cove, in Homer, Alaska, reeled in a rock greenling late last month, according to posts he shared on Facebook and Instagram. "Went out fishing today and caught a rock greenling," Chmeleck wrote on Aug. 28. "The flesh is blue. It turns white when you cook it. Mother nature is incredible." In a follow-up video that Chmeleck posted to Facebook, he showed the fully-skinned blue fish fillets changed color when pan-fried in oil. Many commenters under his social media posts wrote that they didn’t know a fish species like this existed. Joe Chmeleck, a fisherman from Homer, Alaska, caught a rock greenling in late August. The fish has natural blue flesh. (Lodgeottercove.com via Storyful) "What a incredible beautiful looking fish," one Facebook user wrote. "That's pretty c...

Kerajaan negeri salur bantuan sangkar ikan, nelayan terjejas

Image
  Fahmi (kiri) mengedarkan sayur percuma pengunjung Program Jualan Agro Madani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak pada Ahad. BAYAN BARU - Kerajaan Pulau Pinang akan menyalurkan bantuan kepada enam pengusaha sangkar ikan dan nelayan yang terjejas berikutan fenomena air pasang merah melanda kawasan Teluk Bahang minggu lalu. Exco Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi, Fahmi Zainol berkata, dianggarkan sebanyak 12 tan ikan daripada enam sangkar mati berikutan fenomena itu membabitkan kerugian hingga RM300,000. "Saya telah turun ke lokasi kejadian dan melawat ke kawasan di Teluk Bahang dan difahamkan ia adalah kejadian alam yang berlaku secara semula jadi dan memerlukan kejadian alam juga untuk beransur pulih dengan kitaran air di bawah sahaja.  "Setakat ini fenomena ini hanya terjadi di Teluk Bahang sahaja dan tidak merebak ke tempat lain," katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan Program Jualan Agro Madani di kawas...

Beri perhatian terhadap nasib nelayan B40

Image
KUALA LUMPUR: Senator Dato’ Husain Awang meminta kerajaan menyatakan secara terperinci sejauh mana program peningkatan produktiviti nelayan B40 yang diperuntukkan sebanyak RM250,000 dapat meningkatkan taraf hidup nelayan, terutama di Terengganu. Ustaz Husain juga mempersoalkan inisiatif bersepadu yang disediakan oleh kerajaan bagi membasmi kemiskinan dalam kalangan nelayan, terutama negeri Terengganu dan Kelantan. “Sejauh mana nelayan negara kita didedahkan dengan penggunaan teknologi penangkapan ikan sehingga peringkat penjualan ikan yang semestinya dapat menjana pendapatan yang tinggi kepada mereka. “Kerajaan juga harus memberikan perhatian terhadap komuniti nelayan kerana mereka bukan sahaja tidak mempunyai pendapatan tetap, malah tidak berpencen, tiada wang dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). “Ada hari-hari tertentu mereka tidak ke laut atau ke laut, tapi pulang dengan tangan kosong tanpa memperolehi sebarang pendapatan. “Hal ini...