Belanjawan 2024: LKIM senarai keperluan mendesak nelayan perlu diberi perhatian

 

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil menyampaikan bantuan enjin pada Majlis Ramah Mesra MADANI Bersama Pengerusi LKIM di Serkam, hari ini. NSTP/Amir Mamat


JASIN: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah menyenaraikan keperluan mendesak golongan nelayan di beberapa negeri untuk dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2024.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata antara disenaraikan termasuklah kerja baik pulih kerosakan jeti nelayan yang menjadi keperluan utama golongan berkenaan untuk mencari rezeki, selain beberapa lagi kemudahan lain.

Beliau berkata, penyenaraian itu dilakukan selepas mendengar sendiri keluhan serta permintaan nelayan menerusi siri jelajah dan turun padang yang dilaksanakan beliau di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.


"Kita sudah membentangkan antara keperluan yang mendesak golongan nelayan untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2024. Menerusi siri penjelajahan ke 23 lokasi setakat ini, saya dapati rata-rata daripada mereka sangat memerlukan jeti yang sempurna untuk menempatkan perahu serta memudahkan turun ke laut.

"Usaha menaik taraf keperluan golongan itu akan menjadi keutamaan dan sudah pasti LKIM mewakili Kerajaan MADANI akan memberi perhatian sewajarnya bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela," katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra MADANI Bersama Pengerusi LKIM, di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Serkam, Merlimau, di sini hari ini.

Yang turut hadir, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh serta Pengarah LKIM Melaka, Darleena Baharuddin


Source: Berita Harian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1158666/belanjawan-2024-lkim-senarai-keperluan-mendesak-nelayan-perlu-diberi


Comments

Popular posts from this blog

About Us

TRAWLING FOR NEW OPPORTUNITIES

PANTUN: KESAN BURUK PULAU BUATAN