Nelayan Pantai Kampung Pachakan sedia hadapi monsun timur laut

 

MOHAMMAD Ibrahim (kiri) menunjukan hasil ikan tamban yang dipukatnya di pesisir Pantai Kampung Pachakan, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG


PASIR PUTEH: Lebih 50 nelayan pesisir Pantai Kampung Pachakan, di sini, sudah bersiap sedia memindahkan bot fiber yang digunakan untuk menangkap ikan ke kawasan selamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ombak besar dan Monson Timur Laut  dalam tempoh terdekat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan, Mohammad Ibrahim, 42, berkata, kebiasaan bot itu akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat memandangkan kawasan pantai ini berdepan hakisan setiap kali musim tengkujuh.


“Sampan dan peralatan menangkap ikan akan dibawa balik ke rumah masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan jentera. Begitulah rutin yang terpaksa dilalui setiap tahun.

“Sebahagian lagi nelayan melabuhkan dan menambat sampan mereka di Terusan Semerak dan Kuala Besut yang merupakan jejari sungai yang selamat,” katanya ketika ditemui Pantai Kampung Pachakan, di sini hari ini.


Seorang lagi nelayan, Wan Hafiza Wan Hassan, 37, memberitahu, sepanjang MTL kebanyakan mereka bergantung sepenuhnya kepada Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) sebanyak RM300 sebulan.

Katanya, selain itu mereka juga akan menggunakan wang tabungan untuk meneruskan kelangsungan hidup sepanjang tidak dapat turun ke laut.

“Syukur kebajikan kami dibela dengan EHSN yang banyak meringankan beban dan kos sara hidup yang semakin meningkat,” ujarnya. – UTUSAN


Source: Utusan 

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/nelayan-sedia-hadapi-monsun-timur-laut/

Comments

Popular posts from this blog

About Us

TRAWLING FOR NEW OPPORTUNITIES

PANTUN: KESAN BURUK PULAU BUATAN