Posts

Nelayan Tasik Bukit Merah bimbang tambak tanah jejas hasil tangkapan

Image
  GAMBAR tinjauan udara memaparkan kawasan yang didakwa ditambak tanah di Empangan Tasik Bukit Merah di Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS BAGAN SERAI: Nelayan Empangan Tasik Bukit Merah di sini bimbang pendapatan mereka terjejas berikutan kerja-kerja menambak tanah didakwa berlaku di kawasan tasik tersebt. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Zul, 50, mendakwa, aktiviti tambak tanah menjadi tanda tanya kepada mereka kerana berlaku di dalam kawasan kolam tadahan itu, bukannya di pinggiran tasik. “Kumpulan nelayan membuat… Rujuk Utusan Nasional untuk kenyataan lebih lanjut.  Source: Utusan https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/nelayan-tasik-bukit-merah-bimbang-tambak-tanah-jejas-hasil-tangkapan/

Pecah amanah RM8 juta, nelayan licik ditahan

Image
  Polis membawa keluar suspek dari Kompleks Mahkamah Kangar yang dikehendaki polis berhubung kes pecah amanah sebanyak RM8 juta membabitkan penjualan tanah. FOTO AIZAT SHARIF Kangar: Seorang lelaki direman lima hari sehingga 16 Oktober hadapan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian hampir RM8 juta sejak 2018. Reman dikeluarkan oleh Majistret Nurshahidan Abd Rahim selepas suspek berusia 47 tahun dibawa ke Kompleks Mahkamah Kangar sekitar jam 8.30 pagi. Suspek dipercayai bekerja sebagai nelayan ditahan petang semalan di Alor Setar selepas enam minggu diburu polis berhubung kes berkenaan. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, penahanan suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pelabur warga asing yang mendakwa kerugian hampir RM8 juta selepas diperdaya oleh rakan niaganya di negara ini, pada 26 Ogos lalu. "Mangsa mendakwa rakan niaganya dilantik sebagai peng

Nelayan Pantai Kampung Pachakan sedia hadapi monsun timur laut

Image
  MOHAMMAD Ibrahim (kiri) menunjukan hasil ikan tamban yang dipukatnya di pesisir Pantai Kampung Pachakan, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG PASIR PUTEH: Lebih 50 nelayan pesisir Pantai Kampung Pachakan, di sini, sudah bersiap sedia memindahkan bot fiber yang digunakan untuk menangkap ikan ke kawasan selamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan ombak besar dan Monson Timur Laut  dalam tempoh terdekat. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang nelayan, Mohammad Ibrahim, 42, berkata, kebiasaan bot itu akan dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat memandangkan kawasan pantai ini berdepan hakisan setiap kali musim tengkujuh. “Sampan dan peralatan menangkap ikan akan dibawa balik ke rumah masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan jentera. Begitulah rutin yang terpaksa dilalui setiap tahun. “Sebahagian lagi nelayan melabuhkan dan menambat sampan mereka di Terusan Semerak dan Kuala Besut yang merupakan jejari sungai yang selamat,” katanya ketika ditemui Pantai Kampung

Nelayan bimbang kolam udang haram jejas pendapatan mereka

Image
KOLAM udang yang dibina di tepi Sungai Kurau di Parit Buntar menimbulkan tanda tanya dalam kalangan nelayan yang bimbang kesannya terhadap hasil tangkapan mereka. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS PARIT BUNTAR: Kewujudan lebih 100 kolam ternakan udang di pinggir Sungai Kurau di sini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan nelayan sungai yang bimbang ia mungkin menjejaskan pendapatan mereka. Wakil nelayan, Mohd. Radzi Said,53, berkata, kolam udang itu terletak bukan dalam zon akuakultur dan jumlahnya semakin ba­nyak berbanding hanya dua atau tiga buah kolam sahaja sebelum ini. Menurutnya, pembinaan kolam udang… Berita selanjutnya di UTUSAN ONLINE https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/nelayan-bimbang-kolam-udang-haram-jejas-pendapatan-mereka/

Tak nampak jalan penyelesaian, nelayan mula terima SIMP

Image
Setiap hari nelayan melihat kerja tambakan laut dijalankan di kawasan mereka menangkap hasil laut. GEORGE TOWN - "Luluh hati kami melihat kerja-kerja penambakan sudah mula dijalankan." Demikian luahan Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara), Ibrahim Che Ros berhubung kerja penambakan di selatan negeri ini untuk Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) seluas 930.8 hektar itu. Kata Ibrahim, pihaknya tidak mampu lagi untuk membuat sebarang bantahan berikutan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pulau Silikon telah memperoleh kelulusan rasmi daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pada 21 Julai lalu. Luahnya lagi, keputusan rayuan mereka untuk menyemak semula keputusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek itu juga masih belum didengar oleh Lembaga Rayuan JAS. "Kami nelayan yang terlibat, dah tak boleh buat apa-apa. Setiap hari tengok jentera besar di kawasan laut yang selalu kami pergi, tengah menjalankan kerja awal tapak.

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot

Image
  Kerja-kerja penambakan projek PSI sedang dijalankan di sekitar kawasan perairan Pulau Pinang Selatan. GEORGE TOWN – Perjuangan nelayan kawasan Selatan untuk menolak projek tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) nampaknya kian kendur apabila hanya empat unit nelayan sahaja yang masih kekal menolak skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP). Unit nelayan yang masih menolak skim SIMP ialah unit nelayan Sungai Batu, Teluk Tempoyak, Seri Jerjak dan Teluk Kumbar. Unit-unit nelayan lain yang dikategorikan sebagai tahap satu adalah yang terletak paling hampir dengan tapak PSI iaitu unit Permatang Tepi Laut, Gertak Sanggul dan unit tahap dua iaitu unit Pulau Betong, Kuala Sungai Burung dan Batu Maung dikatakan telah menerima skim SIMP itu. Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (PenMutiara) Ibrahim Che Ros berkata, pihaknya akan bertemu dengan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid pada 24 Oktober depan untuk berbincang mengenai penambahbaikan skim SIMP kepada nelayan yang

PSI semakin diterima, 70 peratus nelayan tahap satu daftar SIMP

Image
  BAYAN LEPAS: Sebanyak 70 peratus nelayan tahap satu yang terlibat dalam pembangunan Pulau Pinang Selatan (PSI) telah mendaftar untuk menerima skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) sejak kerja-kerja awal penambakan projek itu bermula 1 September lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, kesudian nelayan menerima SIMP bermakna mereka menerima pelaksanaan PSI. ”Perkembangan ini adalah positif kerana tanggapan umum selama ini adalah nelayan membantah projek. “Jelas realitinya bukan begitu kerana sebaik sahaja nelayan mendapat tahu projek sudah mendapat kelulusan untuk memulakan penambakan, mereka bersedia untuk mendaftarkan nama untuk skim SIMP,” katanya. Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bangsal nelayan serta penyampaian hadiah kecemerlangan dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), di sini semalam. Sehingga kelmarin , seramai 347 daripada 496 nelayan tahap satu yang berkelayakan telah mendaftar untuk skim SIMP. Sebelum mendapat