TARIKH MULA TAMBAKAN PROJEK PSI BELUM DITETAPKAN

 


GEORGETOWN: Perbadanan Infrastruktur Pulau Pinang (PIC) mengesahkan belum ada keputusan mengenai tarikh mula bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) buat masa ini.

"Belum ada keputusan mengenai tarikh tambakan bermula.

"Tarikh 1 Julai dinyatakan adalah mengenai permulaan kontrak dengan kontraktor, bukan permulaan kerja tambakan," kata PIC dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ia susulan kenyataan Gamuda Bhd yang dilapor menyatakan kerja projek tambakan laut di Pulau Pinang itu akan dimulakan pada 1 Julai depan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara), Zakaria Ismail, mengetahui khabar itu daripada rakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) selepas solat Jumaat.

Katanya, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) belum diluluskan buat masa ini.

"Bagaimana kenyataan itu boleh dibuat sedangkan Pelan EMP belum diluluskan, malah rundingan pun belum selesai," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Unit Nelayan Sungai Batu berkata, pihaknya akan terus membantah dan bakal melantik peguam sebagai mengikut saluran undang-undang yang betul.

"Kita memang bantah habis-habisan dan projek ini tidak boleh dimulakan. Kita sudah bertemu setia usaha kepada Perdana Menteri pada Mei lalu, namun belum ada maklum balas," katanya.

Mei lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata usaha menambak laut bagi melaksanakan projek PSI hanya akan dimulakan selepas Pelan EMP projek itu diluluskan.

Katanya, EMP dijangka tidak mengambil masa terlalu lama bagi diluluskan seperti mana kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).


Source: Wadah Pembaharuan BH ONLINE (Tarikh mula tambakan projek PSI belum ditetapkan (bharian.com.my) 

Comments

Popular posts from this blog

Kerajaan lulus bina 257 rumah nelayan

Ratusan bot nelayan asing ceroboh ZEE

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot