PANTUN: KESAN BURUK PULAU BUATAN



Bagaimana menangkap ikan,
Ikan ditangkap dengan jala,
Apa guna pulau buatan,
Nelayan merana ekologi binasa.

Ikan ditangkap dengan jala,
Jala dianyam oleh Mak Siti,
Nelayan merana ekologi binasa,
Dek turbiditi yang sangat tinggi.

Jala dianyam oleh Mak Siti,
Bersama jiran rakan dan taulan,
Dek turbiditi yang sangat tinggi,
Oksigen terlarut semakin berkurangan.

Bersama jiran rakan dan taulan,
Bergosip tentang isu semasa,
Oksigen terlarut semakin berkurangan,
Ikan dan udang kian binasa.

Bergosip tentang isu semasa,
Hingga lupa hendak mandi,
Ikan dan udang kian binasa,
Kapitalis untung nelayan rugi.

Hingga lupa hendak mandi,
Entah ke mana fikiran melayang,
Kapitalis untung nelayan rugi,
Pembangunan dilakar tidak seimbang.

Entah ke mana fikiran melayang,
Memikir kelestarian generasi mendatang,
Pembangunan dilakar tidak seimbang,
Tamadun manusia semakin pincang.


Karya: Nukilan RIZOL MD ARIFF – Aktivis Alam Sekitar Pulau Pinang


Sumber: MALAYA DAILY.COM (PANTUN : Kesan Buruk Pulau Buatan - malayadaily.com)

Comments

Popular posts from this blog

Kerajaan lulus bina 257 rumah nelayan

Ratusan bot nelayan asing ceroboh ZEE

Nelayan terkesan PSI mahu pampasan rumah setimpal harga bot